Tuesday, 29 March 2016

KEPEMIMPINAN BMC : SEGMEN PELANGGAN (Siri 2)

Penggunaan Akaun Peribadi Facebook (Profile) sebagai tempat berniaga dilihat sebagai sesuatu yang TIDAK BERETIKA di kaca mata ADMIN FB.

FB menyediakan platform yang khusus untuk penggunanya memperkenalkan produk atau servis melalui PAGE dan applikasi IKLAN (ADS) yang khusus.

PERKARA YANG DIBENARKAN :

1. Berkawan-kawan dengan golongan segmen pelanggan kita seramai 5000 orang.

2. Membina dan memposisi diri dan bisnes supaya dikenali (seperti mana kita/busnes kita mahu dikenali) oleh kawan-kawan di akaun profile kita.

3. Berkongsi (SHARE) fb PAGE bisnes kita di akaun profile kita supaya kawan-kawan kita nampak dan tahu bisnes kita.

4. Membuka fb GROUP dan menjemput kawan-kawan yang berminat dengan bisnes kita untuk bercerita lanjut tentang bisnes kita.

http://gurubmc.blogspot.my/2016/03/kepemimpinan-bmc-segmen-pelanggan-siri-1.html

www.seriaishah.com

#GuruBMC
#BusinessModelCanvas

No comments:

Post a Comment