Tuesday 2 February 2016

MASTERCLASS BMC

MASTERCLASS BMC Batch 1/2016 telah berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Malah perlaksanaan sebenar lebih menerujakan dari perancangannya!

Modul DARI IDEA KE REALITI yang dibina telah dapat disampaikan dengan 'bahasa' yang mudah difahami peserta.

Para peserta pula memberikan kerjasama 100% dan berusaha mencapai matlamat dari program pembelajaran.

TAHNIAH kepada Puan Khamsiah Shamsuddin pemilik Agensi Hartanah Bumiputera yang sudah 38 tahun berpengalaman, juga barisan pengurusan tertingginya Tuan Kamaruzaman Harun dan Tuan Muslih Thani. Juga Puan Dr Hasliza Ahmad Hassan, pakar perubatan dalam bidang Healthy Medicine dan Rawatan Hormon. ☺

1. VISI dan MISI

Matlamat jangka panjang (VISI) yang hanya berada di minda telah dapat dilakarkan di atas kertas putih dengan kesungguhan jiwa.

Peserta juga dibimbing untuk menyenaraikan MISI yang menyokong pencapaian VISI.

Apabila setiap dari peserta membacakan VISI MISI mereka, Masya Allah, NAIK BULU ROMA!

2. BUSINESS MODEL CANVAS

Tool yang digunakan untuk menguji idea busnes yang sedang dilakukan. Beberapa penambahan idea dicadangkan untuk mengukuhkan struktur bisnes seterusnya menambah pendapatan ke dalam syarikat.

Setiap satu dari 9 elemen BMC dikupas untuk pemahaman yang betul.

Proses mencipta Value Proposition juga dibincangkan bersama.

Diakhir sessi, setiap peserta membentangkan idea bisnes  dan dicabar di dalam SESSI MENSAYAT HATI.

3. SWOT

Faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman perlu dianalisa untuk memastikan perancangan bisnes bersedia untuk mengukuhkan perjalanan syarikat.

Melalui Analisa ini Perancangan Strategik sudah jelas kelihatan.  😊

4. BMC & BALANCE SCORECARD

Bagaimana untuk membina sebuah organisasi yang kukuh dan berdaya tahan sehingga mencapai VISInya?

Semestinya perlukan KESEIMBANGAN dalam pemantauan perlaksanaan pada keseluruhan aspek bisnes.

4 aspek bisnes:
+ Kewangan (Financial)
+ Pelanggan (Customer)
+ Operasi Bisnes (Internal Process)
+ Kemahiran (Learning & Growth)

5. PELAN TINDAKAN

Mengatur pelan tindakan dari keseluruhan tool (peralatan) di atas, kepada satu template pelan tindakan yang MUDAH dipantau.

Malah template yang disediakan akan meningkatkan motivasi sesama pasukan.

Ooops..

BONUS : RANGSANGAN EMOSI

Berdiri bulu roma dan sebak, juga penuh semangat mendengarkan luahan hati para peserta merungkai rangsangan emosi disebalik cita-cita mereka.

Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicitakan dan sentiasa kita dalam bimbingan YANG ESA.

*****

Kesimpulannya, di dalam program MASTERCLASS BMC, para peserta akan dibimbing untuk MEREALISASIKAN IDEA KEPADA PELAN TINDAKAN dengan teknik yang cekap dan berkesan.

www.seriaishah.com

#MasterClassBMC
#BusinessModelCanvas
#BusinessCoaching
#SeriAishah
#DariIdeaKeRealiti
#GuruBMC