Pagi ini masih di JB. Dalam beberapa jam lagi mahu berangkat pulang ke sarang.
Sambil rehat minum pagi, melayan nasi dagang air tangan ibu, ibu bersuara.
Ibu : Macamana bisnes Lexee (tualawanita kesihatan) sekarang?
Seri : Alhamdulillah Ibu. Walaupun sekarang ni ada ketika dah sibuk dengan perkara lain, marketing pun on off, jualan bulanan masih seperti selalu.
Produk keperluan. Mudah jual.
Sistem pemasaran pula sudah agak stabil, jadi bisnes ni seperti berjalan dengan sendirinya.
Tambahkan rajin lagi dan perbaiki proses, in sha Allah dah boleh jadi pasif income.
Ibu : Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Jubah pulak macamana?
Seri : Jubah dan Lexee, segmen pelanggan yang sama, bu. Wanita.
Cuma niche mereka agak berbeza. Penggemar Lexee rata-ratanya berumur 25-40. Perempuan muda yang sensitif dengan kualiti dan kesihatan. Merawat senggugut dan keputihan. Mereka juga membeli untuk kegunaan ketika hamil dan bersalin.
Jubah Lycra Bercorak Eksklusif SeriAishah pulak niche nya wanita berumur 35 ke atas. Wanita yang mahukan keselesaan berpakaian. Longgar dan ringkas. Mudah disarung, tak perlu di gosok, jimat masa, boleh pakai ke mana saja.
Jadi cara memikat mereka berlainan cara. Sebab cara hidup mereka berbeza.
Cuma yang bagusnya apabila segmen pelanggan masih sama, boleh guna teknik NEXTSELL antara kedua produk ni.
Ibu : Apa pulak NextSell tu?
Seri : Salah satu cara bagaimana nak naikkan jualan pada pelanggan sediada, bu. Walau pun niche berbeza, namun produk masih relevan bagi keduanya.
Salah satu cara juga nak 'ikat' mereka supaya banyak membeli dengan kita.
Ibu : Oh gitu..
Www.seriaishah.com
Tualawanitabebastoksin.blogspot.com
Www.seriaishah.com/shoppe/katalog
#GuruBMC
#BusinessModelCanvas
No comments:
Post a Comment