MODAL DIRI.
Acapkali di dalam sessi BMC coaching, saya menjelaskan tentang kepentingan 5 modal bisnes.
Modal diri adalah modal bisnes yang paling utama berbanding 4 modal bisnes yang lain.
Adakala, pelanggan tidak membeli produk tetapi pelanggan membeli SIAPA yang menjual produk.
SIAPA itu dipilih di antara modal diri yang terserlah di antara kita dan para pesaing kita.
Bagaimana membina modal diri? Antaranya:
- Modal diri terbina apabila wujud kepercayaan pelanggan kepada kita.
- Modal diri terbina apabila pelanggan berasa selesa berurusan dengan kita.
- Modal diri terbina apabila kita menjaga hubungan baik (after sales) dengan pelanggan kita.
Modal diri juga dibina melalui penjenamaan diri. Siapakah kita dilihat oleh masyarakat atau golongan tertentu?
Di dunia IT serba canggih dengan lambakan medial sosial percuma, penjenamaan diri dilihat amat mudah untuk diketengahkan kepada jutaan manusia.
Antara caranya:
- Membina first impression yang baik dengan menggunakan "wajah" yang dipercayai.
- Membina reputasi baik melalui posting indah dan berinformatif.
- Membina kepercayaan melalui posting yang menampakkan kefahaman mendalam tentang sesuatu produk atau perkara.
- Membina ketinggian peribadi melalui bahasa yang digunakan pada setiap komen dan posting.
-TipsurusbisnesKakSeri-
No comments:
Post a Comment