Monday 30 November 2015

KEPEMIMPINAN BISNES : HUBUNGAN PELANGGAN

Apa agaknya perasaan kita andai ketika mana kita menjejak masuk ke sebuah outlet produk yang biasa-biasa, tetapi di sambut pekerja mereka umpama menjejak hotel 5-Bintang ?

Apa agaknya perasaan kita apabila kita punya niat bertanyakan tentang sesuatu produk secara online, kemudian pertanyaan kita di balas dengan cepat dan diberikan maklumat yang sangat memuaskan?

Apa pula perasaan kita bila kita diraikan dengan ucapan tahniah di hari ulangtahun diri dari sebuah pihak atau syarikat yang kita pernah membeli dari mereka?

Sememangnya, majotiti orang membeli kerana PERASAAN. Perasaan sukakan PENGALAMAN yang mereka lalui semasa berurusniaga dengan kita.

Tidak kira secara OFFLINE atau ONLINE.

Kerana itu, di dalam pembelajaran konsep ASAS bisnes, elemen ke-empat di kanvas BMC ini sangat perlu di titikberatkan. WAJIB.

Siapakah yang menghidupkan sesebuah bisnes? PELANGGAN.

Siapakah yang punya kuasa melebarkan pemasaran bisnes kita dengan lebih cepat? PELANGGAN.

Lantas,  memBINA HUBUNGAN dengan pelanggan itu adakala faktor kritikal di dalam bisnes.

#GuruBMC #SeriAishah #leadership #businesscoaching #businessonline

Thursday 19 November 2015

KEPEMIMPINAN BISNES : HIDUPKAN BMC

Cabaran Guru BMC yang besar ialah bagaimana peserta program membawa pulang bersama mereka "actionable knowledge" sebaik sessi tamat.

Actionable Knowledge bermaksud ilmu yang boleh terus diapplikasikan dan ditransform membentuk satu tindakan.

Dalam ertikata lain, BMC itu perlu dihidupkan.

Kebiasaannya, Guru BMC akan memberikan beberapa case study umum semasa sessi bagi memandu peserta memahami kesemua 9 elemen BMC.

Pulang dari kelas BMC atau sessi personal coaching BMC, peserta perlu terus menguji idea busnes yang telah dilakarkan di atas canvas.

Menggunakan semua 9 elemen yang di pelajari, telusuri pula kaedah-kaedah yang digunakan oleh syarikat-syarikat berjaya bagi setiap elemen.

Andai kena dengan model bisnes dan kos bisnes, 'tiruvasi' saja cara mereka.

www.seriaishah.com

#SeriAishah
#GuruBMC
#businesscoaching
#bisnesmodel
#BusinessModelCanvas
#BMCfeat7NAGA

Tuesday 3 November 2015

BMC : KENALPASTI PELANGGAN

Business Model Canvas, BMC selalu diulang-ulang sebagai satu tools penting di dalam urusan bisnes.

Apakah rahsia yang ada di dalam BMC? Secara amnya ada dua (2) faktor utama yang difokuskan di dalam aturan BMC iaitu URUS PELANGGAN dan URUS BISNES.

Dalam entry ini GuruBMC akan menyentuh faktor pertama iaitu URUS PELANGGAN.  

Di dalam kanvas BMC, terdapat empat kotak dari sembilan kotak BMC memfokuskan keperluan pelanggan. Setiap satu kotak perlu diterpeincikan supaya ianya bersesuaian dengan model bisnes yang mahu kita jalankan.

Ramai dikalangan pemilik baru bisnes atau mereka yang mahu memulakan bisnes, lebih teruja melihat kehebatan produk berbanding siapakah dan dimanakan pelanggan yang akan membeli darinya.

************
Sebagai contoh, Puan Aini telah mencuba sesuatu produk untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya ketika itu. Hasil setelah satu bulan beliau menggunakan produk tersebut, masalah puan Aini beransur pulih. Puan Aini sangat gembira dan beliau berhasrat mahu menjualnya kerana keberkesanan produk tersebut ke atas dirinya. Beliau yakin, produk tersebut sangat bagus dan menyangka ramai yang mahukannya.

Dalam hatinya, alang-alang pakai, boleh dapat harga agen. (alasan biasa kan?)

Kerana keterujaan, Puan Aini terus berhubung dengan pihak penjual dan segera mendaftar sebagai seorang STOKIS dengan jumlah modal sebanyak RM10,000. Stok di tangan kini 100 botol.

Hasil mengenalkan kepada rakan-rakan, Puan Aini berjaya menjual 20 botol. Ada yang membeli, ada yang menolak. Setelah 2-3 bulan berlalu, stok masih banyak tersadai. Anggaran modal tersangkut sebanyak RM8,000.

Apa tindakan selanjutnya Puan Aini perlu ambil? 80 botol perlu dihabiskan :
  1. Sebelum tarikh luput produk
  2. Dalam jangkamasa pinjaman modal
  3. Menanggung kos sewaan tempat letak produk
Jawapan :
GuruBMC BMC Pelanggan

Puan Aini perlu melihat keperluan bisnesnya melalui kanvas BMC.
Beliau perlu meneliti semula kotak-kotak berkaitan Pelanggan seperti Segmen Pelanggan, Hubungan Pelanggan, Saluran kepada Pelanggan dan Nilai produk yang dimahukan Pelanggan.

Langkah pertama beliau perlu KENALPASTI segmen pelanggan:
+ Siapa yang perlukan produk itu?
+ Siapa yang sanggup bayar?
+ Apa yang ditakuti pelanggan?
+ Apa nilai penting pelanggan mahukan?

Puan Aini perlu kenalpasti jawapan bagi semua soalan di atas. Sebaik mengenalpasti keperluan pelanggan dan segmen pelanggan, maju ke kotak ke-2 iaitu VALUE PROPOSITION.

Sunday 11 October 2015

TESTIMONI COACHING BMC JOHOR BAHRU 10 OKTOBER 2015


Testimoni dari salah seorang peserta Sessi COACHING BMC & ME! pada 10 Oktober 2015 di Johor Bahru.

Puan NorHidayah, seorang Leader dan Mentor hebat bagi perniagaan berasaskan perniagaan networking. Beliau sangat aktif memberikan dorongan, galakan dan motivasi kepada para agen di dalam network beliau.

Melalui sessi COACHING BMC & ME! ini, kami rungkai kekuatan beliau melalui segmen Kenali Personaliti Diri.  

Melalui segmen Business Model Canvas pula, kami memandu bagaimana beliau mahu menjayakan cita-cita beliau membuka Pusat Servis dan Latihan Agensi.




Sessi akan datang : Klang 24Okt2015
Hubungi : 013-3976632

#GuruBMC #businesscoaching #personaliti #uruswang #ujiideabisnes #KakSeri #SeriAishah #senyum #bantuusahawan #kelasBMC

Friday 9 October 2015

BMC & ME JB

Selamat Pagi semua!

Pagi ni, Sabtu 10 Oktober 2015, KakSeri bersiaran secara terus dari Pejabat Pengurusan dan Pusat Latihan DHR, Taman Kebun Teh Johor Bahru.

COACHING BMC & ME!

4 subjek utama:
+ Business Model Canvas
+ Teknik marketing 7NAGA
+ Kenali Personaliti Diri
+ Asas Urus Wang

KakSeri teruja dan gembira.
Doakan kelancaran sessi ini ya. Amiin.

#KakSeri #SeriAishah  #GuruBMC #businesscoaching #uruswang

Sunday 27 September 2015

BMC Lama vs BMC Baru

Chairman ABS, Puan Ainon Muhd menulis tentang BMC LAMA vs BMC BARU.

Dalam teori bisnes lama, kita disuruh fokus kepada produk. Fikirkan produk, produk, produk.
+ Produk apa yang hendak dijual
+ Produk apa yang kita hendak dibuat
+ Berapa kos mengeluarkan produk
+ Dari mana modal mahu dipinjam
+ Apa bahan-bahan yang akan digunakan
+ Apa nama hendak diberikan kepada produk
+ Apa kuasa-kuasa ajaib yang ada pada produk itu
+ Bandingkan dengan produk lain yang sama dalam pasaran

Belum apa-apa peniaga Melayu sudah mahu mengeluarkan produk.

Lalu banyaklah kursus-kursus dijalankan yang mengajar peniaga Melayu membuat produk itu, dan produk ini. 
Lalu banyaklah penjual mesin membuat itu dan mesin membuat ini datang menjual mesin-mesin mereka itu kepada peniaga Melayu.
Lalu banyaklah mesin-mesin itu dibeli oleh peniaga Melayu, dan sekarang mesin-mesin itu duduk diam-diam dalam setor.
.
Macam-macam produk dibuat oleh peniaga Melayu. Hasilnya, kita dapat tengok banyaknya produk yang tidak pernah wujud sebelumnya, dan sekarang ini sudah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Melayu.

Sebagai contoh:

+ Ada produk kopi campuran keluaran syarikat Melayu. Di luar kotaknya disenaraikan 14 bahan yang digunakan dalam kopi itu. Salah satu bahan itu adalah susu kuda liar!

+ Ada seorang gadis Melayu baru berusia 22 tahun. Selepas menghadiri kursus-kursus pembuatan produk, dia mengeluarkan produk-produk kecantikannya sendiri! Hutang bank berpuluh ribu. Harga jualannya sangat tinggi. Stok tidak bergerak!
.
Dalam teori bisnes baru, kita disuruh fokus kepada pelanggan. Fikirkan pelanggan, pelanggan, pelanggan.
+ Pelanggan mahukan apa?
+ Apa masalah pelanggan?
+ Apa yang menyusahkan pelanggan?
+ Apa citarasa pelanggan?
+ Apa keinginan pelanggan?
+ Apa ketakutan pelanggan?
+ Pelanggan mahu yang macam mana?
+ Pelanggan tidak suka apa?

Selepas kita dapat menjawab persoalan-persoalan itu, barulah kita fikirkan produk dan servis yang macam apa yang kita mahu tawarkan kepada pelanggan.


Saturday 19 September 2015

BMC & ME 24okt15 KLANG

Ramai usahawan baru hanya sangka, untuk mula berbisnes mereka perlu tahu 3 perkara berikut :

  1. Ilmu marketing
  2. Modal
  3. Penghantaran
Walhal, dalam teori bisnes itu sendiri, terdapat 9 faktor WAJIB AMBIL TAHU dalam memulakan bisnes.

Maka, kami gunakan Business Model Canvas, BMC sebagai salah satu bisnes plan yang ringkas tetapi lengkap untuk usahawan. BMC ini AMAT diperlukan oleh orang bisnes untuk melihat keseluruhan pengurusan dan operasi bisnes mereka.

Kami tambahkan ilmu pemasaran unik dan menjimatkan, Teknik 7NAGA yang akan meluaskan pemasaran sediada. Pemasaran tanpa kos ini sangat mengujakan dan berkesan.

Konsep 'ME' yang dibawa di dalam Sessi BMC kami kali ini, akan terus membantu pemilik bisnes mengenali tim bisnes yang betul dan sesuai di posisi untuk menyokong bisnes sediaada terus menjana keuntungan.

'ME'  juga mendedahkan keperluan ONLINE PRESENCE bisnes melalui penggunaan BLOG.

Tempat terhad untuk kumpulan FOKUS.

Hubungi 013-2773556 atau 013-3976632

#GuruBMC #businesscoaching #businessonline #Teknik7naga #marketing #leadership #speaker #CorporateTraining #KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel


Tuesday 10 March 2015

URUS BISNES dengan BMC

Business Model Canvas adalah satu canvas yang digunakan untuk menguji kekukuhan idea bisnes yang bakal dan sedang kita gunakan. 



Ia sangat berguna bagi mengurus risiko semenjak projek bisnes kita masih dalam FASA IDEA lagi.

Bisnes Model

BMC dilihat sebagai satu teknik mudah untuk membina bisnes model yang telah disusun secara sistematik.

Bisnes Model membawa makna, bagaimana sesuatu bisnes itu di jalankan. Penjualan satu produk boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa model bisnes.

Sebagai contoh : 

Syarikat Seri Maju mahu menjalankan perniagaan berkaitan makanan.

Syarikat Seri Maju perlu mengenalpasti apakah model bisnes yang mahu dijalankannya?

Adakah, Seri Maju mahu....

  1. Menjadi pembekal bahan mentah kepada restoran?
  2. Menjadi peniaga yang menjual produk makanan di kedai?
  3. Menjadi peniaga yang menyediakan produk makanan siap?
  4. Menjadi penyedia makanan frozen?
  5. Menjadi penghantar/pengedar produk makanan?

9 faktor

Dalam setiap sessi BMC Coaching, peserta akan di bimbing untuk menentukan apakah kriteria yang sesuai bagi setiap 9 faktor ini mengikut bisnes yang mereka jalankan.


9 Faktor utama BMC

Siapakah yang memerlukan BMC?

BMC adalah ilmu asas bisnes yang wajib diketahui dan digunapakai bagi mereka yang :
  1. Mahu memulakan bisnes baru tetapi belum memilih produk
  2. Mahu memulakan bisnes baru dan sudah ada produk
  3. Sudah ada bisnes dan mahu menambahbaik bisnes
  4. Mahu mengembangkan pasaran melalui agen-agen jualan
  5. Membimbing agen-agen mengukuhkan bisnes mereka
  6. Mahu meluaskan empayar bisnes
Pendek kata, sesiapa sahaja yang menjalankan bisnes.


GuruBMC : BMC & ME!

Kami menawarkan khidmat sessi BMC Coaching kepada :
  • individu atau tidak lebih dari 4 peserta
  • berkumpulan yang tidak melebihi dari 20 peserta

Sessi BMC yang dijalankan adalah sessi praktikal yang mengambil masa minima 4 jam setiap sessi. 

Setiap Peserta akan diberikan CANVAS latihan (1 untuk simpanan) dan juga STICKY NOTE set
Kami boleh dihubungi di 019-9826632, Cik Seri.