Kotak ke- 4, menceritakan tentang bagaimana pentingnya kita menjaga hubungan dengan pelanggan sediaada.
Semua tahu bagaimanakah cabaran untuk menutup jualan (closing) dalam setiap tawaran.
Tidak semua 'pm' yang dilayan, berjaya diakhiri dengan "Ok. saya beli".
Adakalanya keputusan dibuat pelanggan memakan masa berbulan-bulan. Hahaha.. pernahkah tuan puan alaminya?
Begitulah ceritanya menutup jualan bagi peniaga online mahupun offline.
Oleh kerana itulah, adalah WAJIB bagi peniaga menjaga hubungan dengan setiap pelanggan yang sudah membeli dari kita.
Kerana apa?
Kerana mereka akan membeli dan terus membeli, adakala membeli lebih banyak dari kita.
Kerana mereka akan membeli dan terus membeli, adakala membeli lebih banyak dari kita.
==============================================================
NOTA 2
KEPEMIMPINAN BMC: MEMBINA HUBUNGAN PELANGGAN (Siri 1)
Dalam pembelajaran Business Model Canvas, antara topik yang paling menarik untuk dibincangkan selain Value Proposition, ialah Customer Relationship.
Menjaga hubungan dengan PELANGGAN.
Pelanggan dalam konteks ini bermakna individu yang sudah 'membeli' pengalaman berurusan dengan kita. Pernah menggunakan servis atau produk yang ditawarkan.
PELANGGAN - adalah ASET untuk setiap bisnes. Mereka yang membantu kita meneruskan bisnes. Mereka juga sebenarnya yang akan membesarkan bisnes kita.
Maka, setiap pendiri dan pengusaha bisnes wajib 'memelihara' hubungan dengan pelanggan (KEEP) supaya bisnes boleh berkembang (GROW) secara berterusan.
3 TIPS yang diterima dari salah satu Telco terbesar bagaimana strategi mereka menjaga hubungan kekal dengan pelanggan seterusnya mengoptimumkan pendapatan syarikat dari pelanggan sediada.
- UPSELL. Tingkatkan purata pendapatan dari setiap pelanggan dengan menawarkan pakej perkhidmatan yang lebih tinggi atau pakej tambahan yang memberi impak lebih bagus kepada perkhidmatan sediada.
- PROVIDE END TO END SOLUTION. Jadikan syarikat sebagai one-stop-solution-centre di mata pelanggan.
- FAST DELIVERY. Memberikan respon yang cekap dan pantas kepada pelanggan untuk menaikkan kepercayaan dan kebergantungan pelanggan kepada syarikat .
No comments:
Post a Comment