Sunday 27 September 2015

BMC Lama vs BMC Baru

Chairman ABS, Puan Ainon Muhd menulis tentang BMC LAMA vs BMC BARU.

Dalam teori bisnes lama, kita disuruh fokus kepada produk. Fikirkan produk, produk, produk.
+ Produk apa yang hendak dijual
+ Produk apa yang kita hendak dibuat
+ Berapa kos mengeluarkan produk
+ Dari mana modal mahu dipinjam
+ Apa bahan-bahan yang akan digunakan
+ Apa nama hendak diberikan kepada produk
+ Apa kuasa-kuasa ajaib yang ada pada produk itu
+ Bandingkan dengan produk lain yang sama dalam pasaran

Belum apa-apa peniaga Melayu sudah mahu mengeluarkan produk.

Lalu banyaklah kursus-kursus dijalankan yang mengajar peniaga Melayu membuat produk itu, dan produk ini. 
Lalu banyaklah penjual mesin membuat itu dan mesin membuat ini datang menjual mesin-mesin mereka itu kepada peniaga Melayu.
Lalu banyaklah mesin-mesin itu dibeli oleh peniaga Melayu, dan sekarang mesin-mesin itu duduk diam-diam dalam setor.
.
Macam-macam produk dibuat oleh peniaga Melayu. Hasilnya, kita dapat tengok banyaknya produk yang tidak pernah wujud sebelumnya, dan sekarang ini sudah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Melayu.

Sebagai contoh:

+ Ada produk kopi campuran keluaran syarikat Melayu. Di luar kotaknya disenaraikan 14 bahan yang digunakan dalam kopi itu. Salah satu bahan itu adalah susu kuda liar!

+ Ada seorang gadis Melayu baru berusia 22 tahun. Selepas menghadiri kursus-kursus pembuatan produk, dia mengeluarkan produk-produk kecantikannya sendiri! Hutang bank berpuluh ribu. Harga jualannya sangat tinggi. Stok tidak bergerak!
.
Dalam teori bisnes baru, kita disuruh fokus kepada pelanggan. Fikirkan pelanggan, pelanggan, pelanggan.
+ Pelanggan mahukan apa?
+ Apa masalah pelanggan?
+ Apa yang menyusahkan pelanggan?
+ Apa citarasa pelanggan?
+ Apa keinginan pelanggan?
+ Apa ketakutan pelanggan?
+ Pelanggan mahu yang macam mana?
+ Pelanggan tidak suka apa?

Selepas kita dapat menjawab persoalan-persoalan itu, barulah kita fikirkan produk dan servis yang macam apa yang kita mahu tawarkan kepada pelanggan.


Saturday 19 September 2015

BMC & ME 24okt15 KLANG

Ramai usahawan baru hanya sangka, untuk mula berbisnes mereka perlu tahu 3 perkara berikut :

  1. Ilmu marketing
  2. Modal
  3. Penghantaran
Walhal, dalam teori bisnes itu sendiri, terdapat 9 faktor WAJIB AMBIL TAHU dalam memulakan bisnes.

Maka, kami gunakan Business Model Canvas, BMC sebagai salah satu bisnes plan yang ringkas tetapi lengkap untuk usahawan. BMC ini AMAT diperlukan oleh orang bisnes untuk melihat keseluruhan pengurusan dan operasi bisnes mereka.

Kami tambahkan ilmu pemasaran unik dan menjimatkan, Teknik 7NAGA yang akan meluaskan pemasaran sediada. Pemasaran tanpa kos ini sangat mengujakan dan berkesan.

Konsep 'ME' yang dibawa di dalam Sessi BMC kami kali ini, akan terus membantu pemilik bisnes mengenali tim bisnes yang betul dan sesuai di posisi untuk menyokong bisnes sediaada terus menjana keuntungan.

'ME'  juga mendedahkan keperluan ONLINE PRESENCE bisnes melalui penggunaan BLOG.

Tempat terhad untuk kumpulan FOKUS.

Hubungi 013-2773556 atau 013-3976632

#GuruBMC #businesscoaching #businessonline #Teknik7naga #marketing #leadership #speaker #CorporateTraining #KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel