BMC (Business Model Canvas) & USAHAWAN
Bagaimana B.M.C membantu usahawan membina pencapaian?
- Home
- Apa itu BMC?
- TESTIMONI kami
- BMC 1 Customer Segment
- BMC 2 Value Proposition
- BMC 3 Channel
- BMC 4 Customer Relationships
- BMC 5 Revenue Stream
- BMC 6 Key Resources
- BMC 7 Key Activities
- BMC 8 Key Partners
- BMC 9 Cost Structure
- 5 MODAL BISNES : Modal Diri
- Alumni BMC feat 7NAGA
- Guru BMC fbPage
- SESSI BMC & ME UMUM (TERMA)
- GROUP/AGENCY COACHING (TERMA)
- PERSONAL COACHING (TERMA)
- JADUAL SESSI BMC TERKINI
Wednesday, 11 May 2016
BMC DAN USAHAWAN
Tuesday, 29 March 2016
KEPEMIMPINAN BMC : SEGMEN PELANGGAN (Siri 3)
Dalam mengenalpasti segmen pelanggan bisnes kita , PENTING kita tahu siapakah pengguna UTAMA produk kita?
Bila menjual jubah lycra, contohnya, segmen pelanggan kita sudah tentulah perempuan.
Tetapi di antara perempuan yang ada di WILAYAH bisnes kita, perempuan yang bagaimanakah pula adalah fokus pelanggan / pengguna UTAMA produk kita?
+ Siapakah yang gemar menggayakan jubah?
+ Golongan manakah pula yang gemarkan jubah dari kain lycra?
+ Siapakah yang sukakan desain jubah yang kita sediakan?
FOKUSkan keutamaan supaya kita mudah mendesain teknik pemasaran yang sesuai yang menepati citarasa PELANGGAN UTAMA.
Penggunaan teknik pemasaran yang sesuai akan menjimatkan kos dan membina pengumpulan database yang betul.
Penetapan segmen pelanggan juga berkait rapat dengan NILAI & PENYELESAIAN (Value Proposition) yang kita tawarkan. (Ini akan dibincangkan di topik VP)
http://gurubmc.blogspot.my/2016/03/kepemimpinan-bmc-segmen-pelanggan-siri-2.html
www.seriaishah.com
#GuruBMC
#BusinessModelCanvas
KEPEMIMPINAN BMC : SEGMEN PELANGGAN (Siri 2)
Penggunaan Akaun Peribadi Facebook (Profile) sebagai tempat berniaga dilihat sebagai sesuatu yang TIDAK BERETIKA di kaca mata ADMIN FB.
FB menyediakan platform yang khusus untuk penggunanya memperkenalkan produk atau servis melalui PAGE dan applikasi IKLAN (ADS) yang khusus.
PERKARA YANG DIBENARKAN :
1. Berkawan-kawan dengan golongan segmen pelanggan kita seramai 5000 orang.
2. Membina dan memposisi diri dan bisnes supaya dikenali (seperti mana kita/busnes kita mahu dikenali) oleh kawan-kawan di akaun profile kita.
3. Berkongsi (SHARE) fb PAGE bisnes kita di akaun profile kita supaya kawan-kawan kita nampak dan tahu bisnes kita.
4. Membuka fb GROUP dan menjemput kawan-kawan yang berminat dengan bisnes kita untuk bercerita lanjut tentang bisnes kita.
http://gurubmc.blogspot.my/2016/03/kepemimpinan-bmc-segmen-pelanggan-siri-1.html
www.seriaishah.com
#GuruBMC
#BusinessModelCanvas
Sunday, 27 March 2016
KEPEMIMPINAN BMC : SEGMEN PELANGGAN (Siri 1)
Pagi ini masih di JB. Dalam beberapa jam lagi mahu berangkat pulang ke sarang.
Sambil rehat minum pagi, melayan nasi dagang air tangan ibu, ibu bersuara.
Ibu : Macamana bisnes Lexee (tualawanita kesihatan) sekarang?
Seri : Alhamdulillah Ibu. Walaupun sekarang ni ada ketika dah sibuk dengan perkara lain, marketing pun on off, jualan bulanan masih seperti selalu.
Produk keperluan. Mudah jual.
Sistem pemasaran pula sudah agak stabil, jadi bisnes ni seperti berjalan dengan sendirinya.
Tambahkan rajin lagi dan perbaiki proses, in sha Allah dah boleh jadi pasif income.
Ibu : Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Jubah pulak macamana?
Seri : Jubah dan Lexee, segmen pelanggan yang sama, bu. Wanita.
Cuma niche mereka agak berbeza. Penggemar Lexee rata-ratanya berumur 25-40. Perempuan muda yang sensitif dengan kualiti dan kesihatan. Merawat senggugut dan keputihan. Mereka juga membeli untuk kegunaan ketika hamil dan bersalin.
Jubah Lycra Bercorak Eksklusif SeriAishah pulak niche nya wanita berumur 35 ke atas. Wanita yang mahukan keselesaan berpakaian. Longgar dan ringkas. Mudah disarung, tak perlu di gosok, jimat masa, boleh pakai ke mana saja.
Jadi cara memikat mereka berlainan cara. Sebab cara hidup mereka berbeza.
Cuma yang bagusnya apabila segmen pelanggan masih sama, boleh guna teknik NEXTSELL antara kedua produk ni.
Ibu : Apa pulak NextSell tu?
Seri : Salah satu cara bagaimana nak naikkan jualan pada pelanggan sediada, bu. Walau pun niche berbeza, namun produk masih relevan bagi keduanya.
Salah satu cara juga nak 'ikat' mereka supaya banyak membeli dengan kita.
Ibu : Oh gitu..
Www.seriaishah.com
Tualawanitabebastoksin.blogspot.com
Www.seriaishah.com/shoppe/katalog
#GuruBMC
#BusinessModelCanvas
Saturday, 26 March 2016
KEPEMIMPINAN BMC: MEMBINA HUBUNGAN PELANGGAN (Siri 2)
"2 bulan lalu saya ke Nilai 3 untuk mencari doorgift dalam kuantiti besar bagi satu majlis kesyukuran.
Setiba di sana, saya berhenti dan letakkan kereta di hadapan Kedai Zee, sebuah kedai persiapan perkahwinan.
Mengambil kira, harga yang ditawarkan di kedai lain mungkin lebih kurang sama saja, saya terus membeli belah di situ.
Setiba di kaunter pembayaran, pekerja bertanyakan kad keahlian. Tiada, jawab saya.
Lantas, si pekerja menawarkan saya untuk mendapatkan kad keahlian dengan harga RM20 yang sah digunakan dalam tempoh 2 tahun. Tambah nya lagi, saya boleh terus dapatkan 10% diskaun untuk semua item yang dibeli.
Setelah membuat congakan belian, hmmm berbaloi juga ambil kad keahlian. Malah ada lebihan lagi RM5.
Ok boleh. Saya membalas. Terus saya diminta mengisi borang ringkas*. Nama, alamat, nombor telefon dan email.
(*Nota : pengumpulan database)
Selesai sudah pembelian.
Sebagai pelanggan, saya gembira kerana mendapat diskaun dan juga dapat kad keahlian yang menjanjikan diskaun 10% pembelian akan datang."
Moral BMC :
Pelanggan sudah 'terperangkap' dengan taktik Kedai Zee yang digunakan untuk mengikat pelanggan terus membeli dari mereka.
Besar kemungkinan jika pelanggan mahu mencari lagi barang yang sama kategori, pelanggan akan terus ke Kedai Zee berbanding kedai-kedai lain.
Pelanggan juga mungkin berkongsi penggunaan kad keahlian itu kepada rakan dan keluarganya untuk menimati faedah diskaun yang diberikan. Bergantung kepada terma kad keahlian.
Apa pun, Kedai Zee akan mendapat advantage (kelebihan) tambahan pembelian dari pelanggan berbanding kedai lain disekitarnya.
Ini adalah salah satu teknik yang digunapakai dalam membina hubungan berpanjangan dengan pelanggan. KAD KEAHLIAN.
Www.seriaishah.com
#GuruBMC
#BusinessModelCanvas
Gambar : Kumpulan Lipat Cekap Tepat membuat pembentangan BMC bagi Bisnes Lipat Kain.
Tuesday, 2 February 2016
MASTERCLASS BMC
MASTERCLASS BMC Batch 1/2016 telah berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Malah perlaksanaan sebenar lebih menerujakan dari perancangannya!
Modul DARI IDEA KE REALITI yang dibina telah dapat disampaikan dengan 'bahasa' yang mudah difahami peserta.
Para peserta pula memberikan kerjasama 100% dan berusaha mencapai matlamat dari program pembelajaran.
TAHNIAH kepada Puan Khamsiah Shamsuddin pemilik Agensi Hartanah Bumiputera yang sudah 38 tahun berpengalaman, juga barisan pengurusan tertingginya Tuan Kamaruzaman Harun dan Tuan Muslih Thani. Juga Puan Dr Hasliza Ahmad Hassan, pakar perubatan dalam bidang Healthy Medicine dan Rawatan Hormon. ☺
1. VISI dan MISI
Matlamat jangka panjang (VISI) yang hanya berada di minda telah dapat dilakarkan di atas kertas putih dengan kesungguhan jiwa.
Peserta juga dibimbing untuk menyenaraikan MISI yang menyokong pencapaian VISI.
Apabila setiap dari peserta membacakan VISI MISI mereka, Masya Allah, NAIK BULU ROMA!
2. BUSINESS MODEL CANVAS
Tool yang digunakan untuk menguji idea busnes yang sedang dilakukan. Beberapa penambahan idea dicadangkan untuk mengukuhkan struktur bisnes seterusnya menambah pendapatan ke dalam syarikat.
Setiap satu dari 9 elemen BMC dikupas untuk pemahaman yang betul.
Proses mencipta Value Proposition juga dibincangkan bersama.
Diakhir sessi, setiap peserta membentangkan idea bisnes dan dicabar di dalam SESSI MENSAYAT HATI.
3. SWOT
Faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman perlu dianalisa untuk memastikan perancangan bisnes bersedia untuk mengukuhkan perjalanan syarikat.
Melalui Analisa ini Perancangan Strategik sudah jelas kelihatan. 😊
4. BMC & BALANCE SCORECARD
Bagaimana untuk membina sebuah organisasi yang kukuh dan berdaya tahan sehingga mencapai VISInya?
Semestinya perlukan KESEIMBANGAN dalam pemantauan perlaksanaan pada keseluruhan aspek bisnes.
4 aspek bisnes:
+ Kewangan (Financial)
+ Pelanggan (Customer)
+ Operasi Bisnes (Internal Process)
+ Kemahiran (Learning & Growth)
5. PELAN TINDAKAN
Mengatur pelan tindakan dari keseluruhan tool (peralatan) di atas, kepada satu template pelan tindakan yang MUDAH dipantau.
Malah template yang disediakan akan meningkatkan motivasi sesama pasukan.
Ooops..
BONUS : RANGSANGAN EMOSI
Berdiri bulu roma dan sebak, juga penuh semangat mendengarkan luahan hati para peserta merungkai rangsangan emosi disebalik cita-cita mereka.
Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicitakan dan sentiasa kita dalam bimbingan YANG ESA.
*****
Kesimpulannya, di dalam program MASTERCLASS BMC, para peserta akan dibimbing untuk MEREALISASIKAN IDEA KEPADA PELAN TINDAKAN dengan teknik yang cekap dan berkesan.
www.seriaishah.com
#MasterClassBMC
#BusinessModelCanvas
#BusinessCoaching
#SeriAishah
#DariIdeaKeRealiti
#GuruBMC
Tuesday, 26 January 2016
BMC : Melakar ala kadar? Stop! Belajar teknik yang betul.
Mungkin ramai belum tahu, di dalam Business Model Canvas ada pelbagai canvas di dalamnya. Sebagai contoh Value Proposition Canvas.
Di dalam Value Proposition canvas ada pula Solution Canvas dan Customer Profile Canvas.
Huhu...
Apa yang dapat kita tahu tentang BMC sebenarnya?
Ia bukan sekadar aktiviti melakar ala kadar.
Kerana itu Business Model yang baik, adalah Business Model yang membawa keuntungan besar kepada syarikat.
Business Model yang baik adalah Business Model yang boleh diulang ulang guna dan diduplikasi.
Keuntungan besar syarikat adalah apabila bisnes boleh dikembangkan. Business Model yang baik akan menjadi tunggak utamanya.
Ini yang berlaku kepada banyak sistem perniagaan franchise/ license yang berjaya.
Cabaran sebenar di dalam membina Business Model terletak di Value Proposition Canvasnya.
Bagaimana McD mencipta VPC nya?
In sha Allah jawapannya ada di MasterClass BMC 30-31 Januari ini.
Seriaishah.com/
Impian Guru BMC : Mahu tawarkan ToT BMC supaya lebih ramai dapat menyebarkan ilmu terpenting dalam pengujian idea bisnes sebelum terbakar tangan.
#BusinessModelCanvas
#GuruBMC
#OnlineCoaching
#BusinessCoaching
#SeriAishah