Monday, 30 November 2015

KEPEMIMPINAN BISNES : HUBUNGAN PELANGGAN

Apa agaknya perasaan kita andai ketika mana kita menjejak masuk ke sebuah outlet produk yang biasa-biasa, tetapi di sambut pekerja mereka umpama menjejak hotel 5-Bintang ?

Apa agaknya perasaan kita apabila kita punya niat bertanyakan tentang sesuatu produk secara online, kemudian pertanyaan kita di balas dengan cepat dan diberikan maklumat yang sangat memuaskan?

Apa pula perasaan kita bila kita diraikan dengan ucapan tahniah di hari ulangtahun diri dari sebuah pihak atau syarikat yang kita pernah membeli dari mereka?

Sememangnya, majotiti orang membeli kerana PERASAAN. Perasaan sukakan PENGALAMAN yang mereka lalui semasa berurusniaga dengan kita.

Tidak kira secara OFFLINE atau ONLINE.

Kerana itu, di dalam pembelajaran konsep ASAS bisnes, elemen ke-empat di kanvas BMC ini sangat perlu di titikberatkan. WAJIB.

Siapakah yang menghidupkan sesebuah bisnes? PELANGGAN.

Siapakah yang punya kuasa melebarkan pemasaran bisnes kita dengan lebih cepat? PELANGGAN.

Lantas,  memBINA HUBUNGAN dengan pelanggan itu adakala faktor kritikal di dalam bisnes.

#GuruBMC #SeriAishah #leadership #businesscoaching #businessonline

Thursday, 19 November 2015

KEPEMIMPINAN BISNES : HIDUPKAN BMC

Cabaran Guru BMC yang besar ialah bagaimana peserta program membawa pulang bersama mereka "actionable knowledge" sebaik sessi tamat.

Actionable Knowledge bermaksud ilmu yang boleh terus diapplikasikan dan ditransform membentuk satu tindakan.

Dalam ertikata lain, BMC itu perlu dihidupkan.

Kebiasaannya, Guru BMC akan memberikan beberapa case study umum semasa sessi bagi memandu peserta memahami kesemua 9 elemen BMC.

Pulang dari kelas BMC atau sessi personal coaching BMC, peserta perlu terus menguji idea busnes yang telah dilakarkan di atas canvas.

Menggunakan semua 9 elemen yang di pelajari, telusuri pula kaedah-kaedah yang digunakan oleh syarikat-syarikat berjaya bagi setiap elemen.

Andai kena dengan model bisnes dan kos bisnes, 'tiruvasi' saja cara mereka.

www.seriaishah.com

#SeriAishah
#GuruBMC
#businesscoaching
#bisnesmodel
#BusinessModelCanvas
#BMCfeat7NAGA

Tuesday, 3 November 2015

BMC : KENALPASTI PELANGGAN

Business Model Canvas, BMC selalu diulang-ulang sebagai satu tools penting di dalam urusan bisnes.

Apakah rahsia yang ada di dalam BMC? Secara amnya ada dua (2) faktor utama yang difokuskan di dalam aturan BMC iaitu URUS PELANGGAN dan URUS BISNES.

Dalam entry ini GuruBMC akan menyentuh faktor pertama iaitu URUS PELANGGAN.  

Di dalam kanvas BMC, terdapat empat kotak dari sembilan kotak BMC memfokuskan keperluan pelanggan. Setiap satu kotak perlu diterpeincikan supaya ianya bersesuaian dengan model bisnes yang mahu kita jalankan.

Ramai dikalangan pemilik baru bisnes atau mereka yang mahu memulakan bisnes, lebih teruja melihat kehebatan produk berbanding siapakah dan dimanakan pelanggan yang akan membeli darinya.

************
Sebagai contoh, Puan Aini telah mencuba sesuatu produk untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya ketika itu. Hasil setelah satu bulan beliau menggunakan produk tersebut, masalah puan Aini beransur pulih. Puan Aini sangat gembira dan beliau berhasrat mahu menjualnya kerana keberkesanan produk tersebut ke atas dirinya. Beliau yakin, produk tersebut sangat bagus dan menyangka ramai yang mahukannya.

Dalam hatinya, alang-alang pakai, boleh dapat harga agen. (alasan biasa kan?)

Kerana keterujaan, Puan Aini terus berhubung dengan pihak penjual dan segera mendaftar sebagai seorang STOKIS dengan jumlah modal sebanyak RM10,000. Stok di tangan kini 100 botol.

Hasil mengenalkan kepada rakan-rakan, Puan Aini berjaya menjual 20 botol. Ada yang membeli, ada yang menolak. Setelah 2-3 bulan berlalu, stok masih banyak tersadai. Anggaran modal tersangkut sebanyak RM8,000.

Apa tindakan selanjutnya Puan Aini perlu ambil? 80 botol perlu dihabiskan :
  1. Sebelum tarikh luput produk
  2. Dalam jangkamasa pinjaman modal
  3. Menanggung kos sewaan tempat letak produk
Jawapan :
GuruBMC BMC Pelanggan

Puan Aini perlu melihat keperluan bisnesnya melalui kanvas BMC.
Beliau perlu meneliti semula kotak-kotak berkaitan Pelanggan seperti Segmen Pelanggan, Hubungan Pelanggan, Saluran kepada Pelanggan dan Nilai produk yang dimahukan Pelanggan.

Langkah pertama beliau perlu KENALPASTI segmen pelanggan:
+ Siapa yang perlukan produk itu?
+ Siapa yang sanggup bayar?
+ Apa yang ditakuti pelanggan?
+ Apa nilai penting pelanggan mahukan?

Puan Aini perlu kenalpasti jawapan bagi semua soalan di atas. Sebaik mengenalpasti keperluan pelanggan dan segmen pelanggan, maju ke kotak ke-2 iaitu VALUE PROPOSITION.